Pages


Saturday 18 February 2017

Trip Ke Korea 6D5N Hanya RM1850 Sahaja

[Winter trip korea with family 6H5M]

Totol loss RM1850 all included
(flight,apartment,transportation,makan and shopping)

Hye korang nah kekyah sediakan budget trip for winter untuk korea.. Btw ni trip ke 3 kekyah  ke korea.. Semua musim dah rasa kecuali musim bunga.. Maybe kali ke 4 pergi time musim bunga pulak la..

And untuk trip winter ni kekyah try buat trip ni paling budget kekyah utk korea.. Before ni total lose mesti more than 3k and above.. And sebab bawak parent so kekyah mmg buat trip free and relax..

Travel dengan parent tak sama mcm travel dengan kawan2 yer uoll.. Lagi2 bila travel ke negara yg fully guna public transport benda pertama korang kena consider bila bawak parent adalah tahap stamina dieorang..

Kat korea public transport dia naik turun tangga jenis yg tak hengat dunia.. I think bukan bawak parent je kena consider if bawak anak2 pon banyak benda kena consider kalau pergi time winter..  So sila download seoul maps and seoul subway utk senangkan kerja uoll.. Lagi bg download skali offline maps..

And bila musim sejuk sampi -9 darjah celcius gambar pon malas nak amik guna phone sbb nya sejuk giler.. Mls nyaaaa nak bukak glove 😂😂

Okey satu lagi trip ni jadi sangat jimat sebab banyak masak kat rumah and bawak bekal.. Hari2 terakhir je baru kitaorg gedik banyak giler spend kat street food..

Tiket flight rm670( beli setahun awal)
Apartment airbnb area gajwa rm233 per person

Itinerary dan budget
---------------------
Day 1 (kl- gajwa-hongdae)
- pukul 4 pagi check in flight pukul 7 pagi ke seoul by air asia
-pukul 2.40 petang time seoul arrived
-beli t money and ambil train dari airport ke gajwa( ada transfer train di digital media city)
-around pukul 6 petang check in airbnb
(Self service je uoll owner bg pin no rumah)
- pukul 7 petang gerak pergi ke hongdae jumpa kawan kekyah yana
- round area hongdae and dinner di kebab istanbul( hongdae ni kawasan student so barang dia banyak utk orang muda dan updated) and btw street food dekat sini lebih dr kat myeondong
- coffee time at coffee planet
-pukul 10 malam pulang ke apartment
Budget day 1
Topup t money 10,000
Jumpa yana hongdae area
Kebab istanbul 5,000
Coffee planet 5,200
Kuih telur 1,500
Total 21,700 won = RM 82.46 sen

Day 2( hanok village-dongdaemun-gjawang market-hongdae)
- pukul 6 bangun dan buat breakfast
- pukul 9 gerak naik train dr gajwa ke anguk untuk ke hanok village
- pukul 10 arrived area hanok village
(Area hanok village ni kena mendaki sikit)
-pukul 11 gerak ke dongdaemun station untuk jumpa jo-anna( sbb kekyah buat couchsurfing so kekyah pernaj host jo-anna ni time dia dtg malaysia)
-around 12 dekat dongdaemun and jo anna ajak lunch makan ikan panggang korea dekat dongdaeumun market..( btw worth la korg try makan ikan panggang ni dekat korea) yg ni jo-anna belanja
- after lunch jalan2 area dongdaemun
-pukul 2 gerak pergi gwanjang market utk shopping kain silk korea,kain cotton and cadar segala dengan hanbok utk anak buah
(Yg ni tempat fav mak kekyah) btw dekat sini running man selalu buat pengambaran
-Pukul 5 balik gajwa utk solat
-Pukul 7 keluar ke hongik station and jalan2 di area hongdae lagi

Budget day 2
Xylitol 1,000
Dongdaemun
Baju cotton korea 20,000( gwanjang market)
Lotion 1,000 (daiso hongdae)
Topup 5,000 t money( gajwa st )
Beli warmer 9,000 (stesen hongik uni)
Total 36,000 = RM 136.80

Day 3(nami island)
-pukul 6 bangun and buat breakfast and bekal utk ke nami island
-pukul 8.30 pagi gerak ke nami island and sampai around 11 pagi
-ambil teksi di stesen gapyeong dan pergi le terminal nami island
-beli tiket ferry and ke nami island
- pukul 12 dinner bekal di nami island
- spend almost 4 hour di nami island.. Nak singgah petit france tapi dah tak sempat..
-pukul 5 gerak balik ke gajwa
-around pukul 7 sampai dan rehat awal sbb esok nak pergi gerak awal ke yanpyong ski resort
Budget day 3
Nami island 8,000
Topup 10,000 t money ( gajwa st )
Teksi 7000/3
Ice cream 2,000
Banana uryu 1,300
Banana heyoo 1,500
Total 24,800 = RM 94.24 sen

Day 4(yanpyong-iteawon)
-bangun pukul 5 pagi dan sediakan bekal utk ke yanpyong ski resort
-pukul 6 gerak ke stesen gangbyeon utk ke terminal bus utk naik bus ke pyenchong
-around 7 beli tiket bus ke pyenchong
-naik bus pukul 8 ke pyenchong dan perjalanan mgambil masa 2 jam stgh
-pukul 11 sampai ke pyenchong dan ambil shuttle bus ke yanpyong ski resort
-actually kitaorang nak pergi snow festival tapi salah tempat pergi.. Hahaha hauk giler guide mcm kekyah ni..
-sampai ski resort amik gondola ke puncak and enjoy the view..
-around 3 petang amil shuttle bus ke terminal bus and 3.30 gerak pulang ke seol..
-arrived around 6 and ke iteawon utk dinner and melawat masjid for solat
-pukul 7 sampai iteawon solat then makan dekat zafran restaurant.. (Uoll if nak mkn mknn korea jgn pergi kedai india) kang rasa dia korea+india 😂😂
-pukul 9 pulang ke gajwa
Budget day 4
Bus round trip to pyenchong 29,000
Gondola round trip 15,000
Churos 3,000
Buah 10,000
Roti 6,000
Coffee 1,000
Total 66,000 = RM 250.80 sen

Day 5( nandaemun market- insadong-myeondong-jamsil-yang good)
-bangun pukul 6 ready breakfast and bekal
-pukul 9 gerak ke nandaemun market
(Shopping should be last day)
-pukul 12 ke insadong( actually nak pergi palace tapi parent dah tak larat nak jalan jejauh)
- pukul 3 ke myeongdong shopping masker muka and final shopping
-pukul 6 lebih ke jamsil utk ke hard rock cafe
-pukul 8 ke yang good korean bbq.. Yg ni korang kena try la jugak if dtg korea.. Kekyah tak letak dlm budget sbb ni yana belanja makan ioll..( syukur ada kawan baik hati belanja 😘😘 ) tp price utk satu hidangan dlm 20,000 won..
-pukul 11 pergi coffee bean
-pukul 12 sampi hotel and rest
Budget day 5
Buah 6,000
Kasut 40,000
Stokin 3,000
Coffee bean 12,000
Topup t money5,000
Street food 5,000
Sweet potato 3,000
Beg 20,000
Total 94,000 won = RM357.20 sen

Day 6(samseong-gajwa-airport)
-day 6ada hari paling kengkabut utk kekyah..
-malam day 4 stay hotel yana area samseong.. Dr samseong ke gajwa take almost 1 hour by train.. Kekyah tertinggal kan beg pulak kat hotel yana.. So terpaksa pergi hotel dia kemudian amik train ke airport..
-so day 6 almost 5 jam kekyah spend masa dlm train je uoll.. 😭😭 baru plan nak pergi daiso habis kan duit2 akhir..
-around pukul 2 sampai incheon airport
-fly back to malaysia pukul 3.55 petang
Budget day 6
Topup t money 5,000
Air botol 1,800
Total 6,800 = RM25.84 sen

Total RM946.27+RM670+RM233
Rm1850

4 tahun lepas 1,000 won baru 2.60 uoll.. Now dah rm3.80 utk 1,000won.. Agak menyedihkan la jugak duit malaysia ni hah.. Tapi kita still boleh travel ke korea as long boleh control kat bhgian shopping kot..

Kekyah mcm nak buat trip ke korea tapi kan kekyah tak tahan sejuk la uoll.. Lemak tepu tak function 😭😭

Haha.. Btw nak habak coway asal dari korea.. Rumah korang dah ada coway belum.. 😜😜

If nak pasang coway boleh la contact ioll..

Wednesday 15 February 2017

Tips Mendapatkan Rahim & Faraj Yang Sihat

1. Mandi serum
Adallah mandi herba. Biasanya mandian ini dilakukan oleh wanita dalam pantang. Tapi bagi yang bukan dalam pantang pun digalakkan untuk buat.
Daun-daun yang terpilih akan dikutip dan direbus untuk dibuat mandian. Antara daunnya adalah:
– Daun pandan
– Daun limau purut
– Daun serai wangi
– Daun mengkudu
– Daun kunyit
– Halia
Selain bertujuan untuk buang angin khasiat dari rebusan daun tersebut mampu melancarkan perjalanan darah serta memberi khasiat pada kulit. Mandi serum paling mudah yang boleh dilakukan adalah dari bahan dapur anda sendiri iaitu halia, halba, kunyit dan pandan. Nak tau best atau tak cuba dan rasakannya sendiri. Ala-ala spa tradisional gitu.
2. Bertangas
Ni tak ramai juga yang amalkan. Mungkin merasakan aktiviti tangas ni agak leceh. Sebenarnya senang, wapkan saja faraj anda dengan wap dari bahan tangas selama 20-30min.
Tangas ada dua. Tangas kering dan tangas basah. Tangas basah sesuai bagi yang mengalami masalah faraj kering dan sesuai juga bagi wanita yang pre monopos. Caranya adalah dengan merebus herba tangas dan wap rebusan di halakan pada faraj.
Tangas kering. Perlu ada batu tungku. Herba tangas yang dihancurkan diletakkan di atas batu tungku yang telah dipanaskan lalu wap dari batu tungku itu perlu di halakan pada faraj.
Jangan tak tahu. Ini adalah amalan orang dulu-dulu untuk mendapatkan keadaan faraj yang bersifat ummphh. Segala mak nenek toksin akan keluar dari faraj kita melalui peluh yang keluar ketika proses bertangas.

Bahan paling mudah untuk tangas basah adalah sirih+manjakani. Tangas kering pula manjakani+kunyit+halia+ halba+perahan limau.
3. Rendaman faraj
Maksudnya faraj perlu direndam dalam air rebusan herba. Antara bahannya adalah garam bukit+sirih+ manjakani. Tunggu air tu suam. Jangan direndam pula faraj tu masa air tengah berasap. Rendaman faraj dan tangas ini sesuai bagi wanita yang inginkan kebebasan dari masalah keputihan serta boleh merawat masalah buasir. Untuk mendapatkan aset yang bagus digalakkan untuk melakukan kedua aktiviti ini.
4. Meruang
Bagi saya ini kalau tak buat memang menempah masalah. Umpama longkang yang tak dibersihkan. Akan tersumbat. Begitu jugalah keadaan dalam lubang faraj kita yang tak pernah meruang. Sisa air mani dan sisa haid/keputihan akan menempel di dinding faraj. Lama-lama timbullah lendir yang berbau dan menyebabkan kegatalan. Meruang ni adalah aktiviti membersihkan lubang faraj menggunakan jari telunjuk yang bersih dan berkuku tumpul.
Banyak kebaikkan dari meruang ni. Nak tahu rahim jatuh atau tak meruanglah. Nak tahu faraj grip atau tak meruanglah. Nak tahu dah boleh mandi wajib ke belum, meruang juga lah.
Rasa- rasa semua cara di atas perlukan pelaburan wang yang banyak atau tak? Ini sebenarnya adalah antara cara untuk mendapatkan keadaan faraj dan rahim yang sihat secara luaran. InsyaAllah.