Pages


Wednesday, 28 December 2011

Apple Stem Cell

Malus Domestica Tree
Apa itu sel stem epal??

Di Switzerland terdapat sejenis spesis pokok epal yang amat jarang ditemui yang digelar “Uttwiler Spatlauber”. Buah epal spesis ini sangat istemewa kerana ianya berupaya kekal segar selama empat bulan tanpa rosak atau mejejaskan kualitinya.

Buah epal ini mengandungi bahan anti oksidan yang tinggi manakala pohonnya pula amat ajaib kerana ia dengan sendirinya dapat memulihkan kerosakkan pada kulit, dahan dan buahnya secara semulajadi. Beberapa tahun lepas, sebuah syarikat penyelidikan bio-kimia dari switzerland, iaitu telah berjaya mencipta satu teknologi baru menghasilkan Sel Tumbuh-tumbuhan (PhytoCellTec Malus Domestica).
Teknologi PhytoCellTec Malus Domestica ini telah berjaya menghasilkan Sel Stem dari Epal yang boleh menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan memperbaiki epidermis iaitu lapisan luar kulit. Ujian klinikal menunjukkan bahawa penggunaan 1% Sel Stem Epal akan dapat merangsang sel kulit untuk menghasilkan 80% sel stem.
Manakala ujian yang sama juga menunjukkan Sel Stem Epal dapat memperlahankan proses penuaan. Penggunaan krim pelembab, pencerah dan penegang yang mengandungi Sel Stem Epal dalam tempoh dua minggu akan dapat mengurangkan sehingga 8% kedutan serta garis halus pada bahagian mata.
Penggunaan selama 4 minggu pula akan mengurangkan kedutan dan garis halus pada bahagian tersebut sehingga 15%. Selain itu, kajian juga mendapati bahagian rambutnya yang dikumurkan Sel Stem Epal akan tumbuh semula selepas 18%.
"Sel stem epal berkesan menjadikan seseorang individu itu kembali merasai nikmat keremajaan dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan membaiki epidermis iaitu lapisan luar kulit selain membentuk pigmen kulit". 
"Ia secara tidak lansung menyebabkan kulit kurang anjal dan tegang serta otot tisu pada kulit mengedut, sekaligus mempercepatkan proses penuaan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.  Di Switzerland rata-rata penduduknya mengamalkan memakan sejenis buah epal diberi nama "Uttwiler Spatlauber" yang membekalkan banyak khasiat kepada kesihatan. 
Buah epal Uttwiler Spatlauber ini sangat istimewa kerana ia berupaya kekal segar dalam tempoh 6 hingga 8 bulan walaupun tidak diletakkan di dalam peti sejuk. 

Produk Moisturizer daripada stem sel epal boleh digunakan oleh sesiapa sahaja samaada lelaki atau perempuan tanpa was-was.  Kebanyakan orang akan kehilangan sebanyak 30% fiber kolagen ketika mereka mencecah usia 40-an dimana ianya menyebabkan kedutan dan kulit mula mengendur.  Rousselot Hydrolysed Collegen dalam sel stem epal ini membantu mempertahankan dan meningkatkan fiber kolagen yang menjadikan kulit lembut, tegang dan sihat dari dalam. 


Epal memiliki khasiat tersendiri yang juga bertindak mencantikkan kulit, sekaligus mengatasi masalah penuaan.  Ia juga mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi dan berupaya menggalakkan pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.  Sel stem buah itu berkesan mengembalikan keremajaan kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel premium kulit yang menjadi sumber utama untuk membaiki epidermis iaitu lapisan luar di samping menggalakkan pembentukan pigmen kulit.


Tuesday, 27 December 2011

Mutiara Kata


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!



hanayoripurple.blogspot.com

Sumber: http://mutiarakatahikmah.blogspot.com/

Monday, 26 December 2011

Mengapa Perlunya Rawatan Muka

Umumnya, kita wanita, wanita terutamanya, yang sering terdedah dengan persekitaran yang menjadi punca masalah-masalah pada wajah, seperti kulit berminyak, bintik hitam, bintik putih, jerawat, pori-pori terbuka dan pigmentasi.

Apabila masalah-masalah ini berlaku pada wajah kita, jadi kita perlu membuat rawatan muka sekurang-kurangnya seminggu sekali. Setiap hari, kita perlu mencuci muka 2 kali sehari. Sekadar mencuci muka sebenarnya tidak cukup untuk menghilangkan kotoran yang terlekat pada kulit kita setelah sekian lama. Jadi kita perlu menjalani rawatan muka.

Wajah kita pula terdapat berbagai jenis. Ada yang jenis berminyak, jenis kering, jenis kombinasi dan jenis sensitif. Setiap jenis wajah memerlukan rawatan yang berbeza. Kulit yang kering memerlukan pencuci dengan kadar kelembapan yang tinggi berbanding kulit yang jenis berminyak. Bahan dalam pencuci untuk kulit sensitif perlu lembut dan tidak mempunyai bahan yang boleh merengsakan kulit. Kulit berminyak digalakan dicuci dengan pencuci yang berbentuk gel. 

Rawatan muka atau sepertimana kata orang sekarang, facial, perlu dibuat sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kulit yang bermasalah perlu menjalani facial seminggu sekali.

Rawatan muka bertujuan untuk membuang segala kotoran yang terlekat pada kulit wajah akibat pencemaran dan solekan yang tidak dapat dibersihkan dengan sempurna bagi mengelakkan masalah-masalah seperti bintik hitam, bintik putih, jerawat dan sebagainya akan timbul.

Produk juga memainkan peranan yang penting untuk rawatan muka yang baik. Produk yang menggunakan bahan kimia yang banyak lama-kelamaan akan menimbulkan masalah pada kulit. Tentukan produk yang sesuai dengan jenis kulit sebelum menjalani rawatan muka atau membeli produk untuk kegunaan harian.

Produk asas yang perlu ada sebagai kegunaan harian adalah pencuci, penyegar dan pelembab. Produk tambahan pula adalah skrub, masker, krim mata, penanggal solekan, kawalan jerawat (untuk kulit berjerawat), rawatan tompokan (untuk menghilangkan parut), Serum pembaikan (untuk anti-penuaan) dan lain-lain yang dirasakan perlu termasuk losyen penghalang sinaran uv yang berbahaya kepada kulit kita.

Dengan persekitaran kerja dan udara yang semakin tidak sihat masa kini, wajarlah kita menjaga kulit wajah, menjalani rawatan wajah dan melindungi sebaiknya. Bagi saya, senang saja. Mencegah lebih baik dari mengubati. Atau anda mahu kelihatan tua sebelum masa?

Walaupun anda bekerja ditempat yang redup dan menggunakan pendingin udara, tidak bermaksud kulit anda terlindung sepenuhnya. Pendingin udara sebenarnya mengeringkan kulit muka dan menjadikan kulit anda cepat berkedut sebelum waktu. Alangkah bahayanya jika kulit wajah kita tidak dilindungi sepenuhnya.

Jadi, amalan harian yang perlu anda lakukan adalah, pencuci, penyegar dan pelembab. Sementara yang perlu anda lakukan 2 kali seminggu semua yang asas termasuk skrub dan mask. Jika anda sangat mementingkan kesihatan dan kecantikan, jadikan ini sebagai amalan anda. Di samping mengambil makanan dan suplimen yang tubuh anda perlukan. Insya Allah. Anda akan lebih kelihatan sihat dan meyakinkan.

Sekian dulu. Ingat ya, no woman are born ugly, they only can be lazy. 

Sunday, 25 December 2011

Masalah Jerawat



Sangat sayang kan jika muka anda diselubungi masalah jerawat seperti gambar di atas. Masalah jerawat menyebabkan kita merasa rendah diri, kurang keyakinan diri, tidak selesa bergaul dengan kawan-kawan sekaligus menyebabkan kita tertekan.


Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.
Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.
Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.
Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.
Punca jerawat
  • Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an.
  • Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.
Cara-cara Merawat & Mencegah Jerawat
Produk Aesthetic4Skin adalah satu-satunya produk yang mampu mengatasi masalah jerawat anda.
Aesthetic4Skin mempunyai 2 jenis produk iaitu DermaGLow Gel & DermaShine Day Care.
1. Gunakan DermaGlow Gel terlebih dahulu untuk Membuka Liang yang tersumbat.

DermaGlow Gel mampu Menghilangkan jerawat anda dalam masa kurang dari 12 jam kerana DermaGlow Gel mempunyai bahan kandungan 100% daripada tumbuh-tumbuhan iaitu ekstrak bearberry, stem sel epal, ekstrak bunga raya, ekstrak kayu sugi, enzim betik, protien soya hidrosis dan banyak lagi.


Kandungan Bahan Utama:
01. Ekstrak Bearberry
  • Menyamaratakan Kekusaman kulit tidak sekata.
  • Anti bakteria & anti oksidan yang membersihkan kulit.
  • Mengaktifkan sel kulit baru.
02. Sel Stem Epal
  • Sangat berkesan untuk merawat kulit wajah.
  • Mempunyai fungsi khusus untuk memperbaiki, menegang serta menganjalkan.
  • Anti kedutan & anti penuaan yang hebat.
03. Ekstrak Bunga Raya
  • Menegangkan kulit secara semulajadi.
  • Dikenali sebagai “Botox Plant” kerana mempunyai kandungan botox semulajadi.
  • Memberi kesan keredaan pada kulit.
  • Menghilangkan kedutan dan memberi kulit yang sihat & berseri.
04. Ekstrak Kayu Sugi
  • Merupakan agen pemutihan kulit.
  • Melindungi kulit daripada cahaya UVA & UVB.
  • Menghalang kedutan & memberi kulit yang sihat & berseri.
05. Enzim Betik
  • Bersifat senang menyerap.
  • Bahan semulajadi untuk memutih dan melembabkan kulit.
  • Berupaya memegang kelembapan kulit.
  • Menjadikan kulit kekal lembab & gebu sepanjang hari.
06. Protien Soya Hidrolisis
  • Agen pengelupasan yang terbaik.
  • Memberi kulit yang bersinar dan berseri.
  • Kesan yang ketara berbeza untuk setiap kali penggunaan.
2. Selepas penggunaan DermaGlow Gel, gunakan pula produk Dermashine Day Care. DermaShine Day Care ini mampu mengembalikan kulit yang muda dan tanpa cela hanya dalam masa 5 minit…

DermaShine Day Care juga 100% diperbuat daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan dan tidak mempunyai bahan kimia. Antara bahan kandungan DermaShine Day Care adalah Ekstrak Bearberry, Sel Stem Epal, Ekstrak Bunga Raya, Ekstrak Kayu Sugi, Minyak Jojoba, Vitamin E, B5, dan banyak lagi.

Kandungan Bahan Utama:
01. Ekstrak Bearberry
  • Menyamaratakan kekusaman kulit tidak sekata.
  • Anti bakteria dan anti oksidan yang membersihkan kulit tidak sekata.
  • Mengaktifkan sel kulit baru.
02. Sel Stem Epal
  • Sangat berkesan untuk merawat kulit wajah.
  • Mempunyai fungsi khusus untuk memperbaiki, menegang serta mengajalkan.
  • Anti kedutan & anti penuaan yang hebat.
03. Ekstrak Bunga Raya
  • Menegangkan kulit secara semulajadi.
  • Dikenali sebagai “Botox Plant” kerana mempunyai kandungan botox semulajadi.
  • Memberi kesan keredaan pada kulit.
  • Menghilangkan kedutan dan memberi kulit yang sihat & berseri.
04. Ekstrak Kayu Sugi
  • Merupakan agen pemutihan kulit.
  • Melindungi kulit daripada cahaya UVA & UVB.
  • Menghalang pigmentasi dan menghentikan daripada terus berkembang.
05. Minyak Jojoba
  • Menyeimbangkan kadat sebum dikulit wajah.
  • Amat efektif untuk melembut, melembab dan menghaluskan kulit.
  • Bahan yang dapat mneghapuskan bakteria yang mengakibatkan pertumbuhan jerawat.
06. Vitamin E
  • Menjadikan kulit lebih muda dengan membantutkan sel penuaan yang berpunca dati kesan radikal bebas.
  • Mampu mneghilangkan kesan parut.
  • Bertindak sebagai anti oksidan serta melindungi kulit daripada infeksi luaran.