Pages


Monday, 26 December 2011

Mengapa Perlunya Rawatan Muka

Umumnya, kita wanita, wanita terutamanya, yang sering terdedah dengan persekitaran yang menjadi punca masalah-masalah pada wajah, seperti kulit berminyak, bintik hitam, bintik putih, jerawat, pori-pori terbuka dan pigmentasi.

Apabila masalah-masalah ini berlaku pada wajah kita, jadi kita perlu membuat rawatan muka sekurang-kurangnya seminggu sekali. Setiap hari, kita perlu mencuci muka 2 kali sehari. Sekadar mencuci muka sebenarnya tidak cukup untuk menghilangkan kotoran yang terlekat pada kulit kita setelah sekian lama. Jadi kita perlu menjalani rawatan muka.

Wajah kita pula terdapat berbagai jenis. Ada yang jenis berminyak, jenis kering, jenis kombinasi dan jenis sensitif. Setiap jenis wajah memerlukan rawatan yang berbeza. Kulit yang kering memerlukan pencuci dengan kadar kelembapan yang tinggi berbanding kulit yang jenis berminyak. Bahan dalam pencuci untuk kulit sensitif perlu lembut dan tidak mempunyai bahan yang boleh merengsakan kulit. Kulit berminyak digalakan dicuci dengan pencuci yang berbentuk gel. 

Rawatan muka atau sepertimana kata orang sekarang, facial, perlu dibuat sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kulit yang bermasalah perlu menjalani facial seminggu sekali.

Rawatan muka bertujuan untuk membuang segala kotoran yang terlekat pada kulit wajah akibat pencemaran dan solekan yang tidak dapat dibersihkan dengan sempurna bagi mengelakkan masalah-masalah seperti bintik hitam, bintik putih, jerawat dan sebagainya akan timbul.

Produk juga memainkan peranan yang penting untuk rawatan muka yang baik. Produk yang menggunakan bahan kimia yang banyak lama-kelamaan akan menimbulkan masalah pada kulit. Tentukan produk yang sesuai dengan jenis kulit sebelum menjalani rawatan muka atau membeli produk untuk kegunaan harian.

Produk asas yang perlu ada sebagai kegunaan harian adalah pencuci, penyegar dan pelembab. Produk tambahan pula adalah skrub, masker, krim mata, penanggal solekan, kawalan jerawat (untuk kulit berjerawat), rawatan tompokan (untuk menghilangkan parut), Serum pembaikan (untuk anti-penuaan) dan lain-lain yang dirasakan perlu termasuk losyen penghalang sinaran uv yang berbahaya kepada kulit kita.

Dengan persekitaran kerja dan udara yang semakin tidak sihat masa kini, wajarlah kita menjaga kulit wajah, menjalani rawatan wajah dan melindungi sebaiknya. Bagi saya, senang saja. Mencegah lebih baik dari mengubati. Atau anda mahu kelihatan tua sebelum masa?

Walaupun anda bekerja ditempat yang redup dan menggunakan pendingin udara, tidak bermaksud kulit anda terlindung sepenuhnya. Pendingin udara sebenarnya mengeringkan kulit muka dan menjadikan kulit anda cepat berkedut sebelum waktu. Alangkah bahayanya jika kulit wajah kita tidak dilindungi sepenuhnya.

Jadi, amalan harian yang perlu anda lakukan adalah, pencuci, penyegar dan pelembab. Sementara yang perlu anda lakukan 2 kali seminggu semua yang asas termasuk skrub dan mask. Jika anda sangat mementingkan kesihatan dan kecantikan, jadikan ini sebagai amalan anda. Di samping mengambil makanan dan suplimen yang tubuh anda perlukan. Insya Allah. Anda akan lebih kelihatan sihat dan meyakinkan.

Sekian dulu. Ingat ya, no woman are born ugly, they only can be lazy. 

No comments:

Post a Comment