Pages


Monday, 26 December 2016

7 TIPS NAK BELI TIKET FLIGHT MURAH.




1. Tempah Hari Selasa Dan Rabu
Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk korang beli tiket flight. majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasakan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.

2. Tempah Awal, Tetapi Jangan Terlalu Awal
Berdasarkan pengalaman, korang kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh korang nak terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalamsistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari KuaLa Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke London.

3. Hari Terbang Yang Sesuai
Cuba korang tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan. Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.

4. Cari ‘Best Deal’ Untuk Penerbangan Antarabangsa
Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, korang kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.

5. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil
Korang boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya, kalau korang nak ke London, biasanya ramai akan terus pilih untuk mendarat di Heathrow. Lepas ini, jangan turun di heathrow, sebaliknya korang cuba turun di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. kemudian, dari Manchester korang naik train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah!

6. Buang ‘Cookies’
Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc korang sekiranya korang dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang sudah tengok laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, korang amalkan tabiat padam cookies pada internet browser korang tu. Kalau tak tahu nak delete sila tanya Encik Google!

7. Bandingkan Harga
Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang korang mahukan dekat laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Korang akan terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama. Berikut merupakan search engine yang aku kerap gunakan untuk travel:
  1.  Skyscanner
  2. CheapFlight
  3. Momondo
  4. Kayak
  5. Google Flight
  6. Ita Software

Semoga Bermanfaat.. Selamat mencuba..

Wednesday, 9 November 2016

Istilah Geran Tanah

Bukan sengaja tapi memang masih ramai lagi dari kalangan anak muda atau generasi baru yang masih tidak mengerti istilah-istilah yang biasa diguna pakai berkaitan dengan geran tanah. Saya sendiri pada mulanya agak keliru juga dengan istilah tapi sekarang tidak lagi. Maka saya gembira kalau dapat kongsikan pengetahuan asas ini kepada mereka yang masih tidak tahu.

Tentang Title Geran Tanah:

NT = Native Title
FR = Field Register
TL = Town Lease
CL = Country Lease
PL = Provisional Lease

Manakala beza diantara Freehold dan Leasehold adalah seperti di bawah:

Freehold / pegangan kekal
• Native Titles (N.T.)
• Field Registers (F.R.)

Leasehold / Pegangan pajakan
• Town Lease (T.L.)
• Country Lease (C.L.)
• Provisional Lease (P.L.)

Kalau tiba suatu hari nanti kita ada keinginan mahu membeli sebidang tanah  sekurang-kurangnya kita tidak rasa terlalu asing lagi dengan istilah-istilah ini. Tambah sikit-sikit pengetahuan, lama-lama jadi pandai.

tanah NT, istilah geran tanah, geran tanah, status tanah,


Sumber : Portal Jabatan Tanah Dan Ukur.

Friday, 4 November 2016

Cara Kiraan Dividen Pelaburan ASB dan Bonus ASB


Sebenarnya tak susah sangat, cuma ambil masa baca dan faham pengiraannya.

Merujuk kepada Sifu M.Ruzaini.H :
Credit to Blog Mohd Fairuz Ramli

Pengenalan ASB:-
Amanah saham bumiputra (ASB) telah dilancarkan pada tahun 1990 oleh mantan perdana menteri kita Dr mahathir.. ianya ditubuhkan sejajar hasrat kerajaan untuk meningkatkan pemilikan saham oleh bumiputra dan ianya adalah satu agenda dalam dasar ekonomi baru untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat bumiputra..

Sejarah Dividen Dan Bonus ASB
Jika diperhatikan kadar dividen sejak penubuhannya hingga sekarang.. kita boleh ambil kadar 7.5% sebagai benchmarking kita untuk kita guna sebagai rujukan untuk anggaran berapa Dividen yang kita akan perolehi pada tahun hadapan.


Kiraan Dividen Dan Bonus - Latihan Tekan Tubi.
Mula-mula kita cuba kira dividen.. Dividen ni dikira secara bulanan atas baki terendah bulanan..

Bercerita tentang baki terendah bulanan ni, korang tau tak apa benda ni? Korang wajib tahu tentang perkara ni.. Sebab kebanyakan dividen seperti tabung haji dikira atas baki terendah bulanan.. 

CONTOH:-
Januari 2014:- Baki dari bulan disember adalah RM1000.. Dan tiada duit masuk atau keluar… so baki terendah adalah RM1000..

Febuari 2014:- Baki dari bulan 1 adalah RM1000.. Tapi ada pengeluaran sebanyak RM400… so baki terendah adalah RM600..

March 2014:- Baki dari bulan Feb adalah RM600.. ada kemasukkan duit sebanyak RM1000.. maka baki bulan 3 adalah RM1600.. so disini baki terendah dalam bulan 3 adalah RM600 walaupun baki bulan 3 adalah RM1600..

Kes study yg aku bagi untuk ke tiga-tiga bulan ni adalah penjelasan mengenai baki terendah.. cuba korang buat kira-kira dengan jumlah-jumlah yang lain..


Contoh Kesalahan Pengiraan Dividen ASB adalah seperti yang Berikut.

Jika kita menyimpan sebanyak RM1000/month selama 12 bulan, dimana kita akan dapat simpan sebanyak RM12,000 pada penghujung tahun..

Jika dividen yang di umumkan adalah sebanyak 10%, berapakah jumlah dividen yang diperolehi?

Ramai yang membuat kiraan dividen untuk unit bernilai RM12,000 sebanyak RM1,200 dimana dividen yang diperolehi adalah 10% daripada RM12,000.

Adakah betul kita akan mendapat dividen RM1200?
Jawapannya SALAH..

nilai RM1,200 hanya akan kita perolehi jika kita simpan sebanyak RM12,000 bermula pada bulan pertama (Januari)Dan bukannya monthly saving sebanyak RM1000..

Dividen ASB dikira diatas baki minimum unit setiap bulan..
Oleh yang berkenaan, jika saving RM1000/month dan dividen yang diumumkan adalah sebanyak 10%.. maka pulangan sebenar yang kita peroleh adalah hanya 5% sahaja secara kasar iaitu sebanyak RM600 sahaja.. RM600 ini adalah kiraan kasar sahaja.. kiraan yang sebenar ditunjukkan dalam contoh2 di bawah.. :) 
———————————————————————


Pengiraan dividend ASB adalah berdasarkan pada setiap bulan keatas baki minimum dalam bulan itu. Apa yang ada perlu ada sebelum kita melakukan pengiraan ini adalah calculator dan sedikit ilmu matematik UPSR untuk mengira peratusan.

Disini saya sertakan 2 contoh case dimana

  1. Case 1:- Simpanan secara tetap sebanyak RM500/bulan
  2. Case 2:- Terdapat transaksi masuk dan keluar secara tidak konsisten pada bulan 2.
Note:- Kiraan bonus tidak ditunjukkan didalam kiraan dibawah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Case 1:-

Simpan RM500/bulan – Mula January 2015 (27hb every month)
Dividen 7%


Kiraan dividen ASB adalah berdasarkan baki minimum setiap bulan.



div calculation

Merujuk jadual pengiraan diatas, anda tentu tertanya-tanya mengapa untuk bulan 1 tiada dividen diberikan, oleh kerana dividen dikira berdasarkan baki terendah kita dapat lihat pada awal bulan ASB kita adalah RMO dan kita hanya mula simpan duit didalam ASB sebanyak RM500 pada 27 januari.


So, diantara RM0 dengan RM500 manakah baki terendah untuk bulan januari. Jawapannya ialah RM0. Dan disebabkan itu, tiada dividen diberikan untuk bulan itu.

Pada akhir tahun, jumlah simpanan kita adalah sebanyak RM5500, kalau nak diikutkan, dividen yang sepatutnya kita akan dapat adalah sebanyak:-
RM5500 X 7% = RM385.00
Tapi kita hanya dapat RM192.50


so, disini dapat disimpulkan, jika menyimpan secara consisten selama 12 bulan, kita hanya akan mendapat lebih kurang 3.5% jer keuntungan..
————————————————————————————————————————


Case 2:-


Amar bekerja sebagai jurutera dia menetapkan untuk menyimpan sebanyak RM500 sebulan, tetapi pada bulan Februari dia telah membuat pengeluaran sebanyak RM500 dan menyimpan sebanyak RM1000 (2 kali saving), berapakah dividen yang akan amar perolehi untuk tahun 2015?

div 1
Jikalau dividen pada tahun 2015 diumumkan sebanyak 7%


Kita dapati pengeluaran berlaku pada bulan februari dan juga simpanan yang dibuat adalah sebanyak dua kali iaitu RM300 pada 2 februari dan RM700 pada akhir bulan.

Oleh kerana dividen dikira atas baki terendah pada setiap bulan. Kita dapati pada bulan februari baki terendah adalah sebanyak RM800 walaupun baki simpanan pada akhir bulan adalah sebanyak RM1300.

Kesimpulannya adalah, dividend pada bulan februari adalah diatas baki RM800 itu. Jadual dibawah menunjukkan summary baki untuk bulan Februari
div 2
Jikalau dividen pada tahun 2015 diumumkan sebanyak 7%, maka kiraan untuk dividen pada tahun 2015 untuk ASB amar adalah seperti jadual di bawah dimana Amar mendapat keuntungan dividen sebanyak RM226.33.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Contoh Kira Dividen ASB lagi


Macammana calculation untuk dividen, kiraannya seperti di bawah ini, ianya dikira atas baki terendah setiap bulan untuk 1 tahun itu
dividen
Seterusnya calculation untuk kira Bonus, ianya berdasarkan baki terendah setiap bulan untuk 120 bulan (10 tahun)
bonus


Ada 4 case sebagai contoh untuk perbandingan seperti jadual di bawah.

case1
kesimpulan case 1:-
Saving = RM100,000
Dividen diatas RM100,000 X 7.5% = RM7500.00

Tapi kiraan dalam jadual adalah sebanyak RM6875 sahaja kerana untuk bulan 1 tiada dividen di kira kerana baki minimum adalah RM0.
——————————————————————————————————————

case 2
Kesimpulan case 2:-
  1. Total Saving pada akhir tahun = RM6000.00
  2. Selalunya orang kira dividen macam ni = RM 6000 X 7.5% = RM450 (Kiraan yang SALAH)
  3. Sebenarnya Dividen yang dapat adalah sebanyak = RM206.25
  4. So kadar keuntungan yang sebenarnya hanya lah 3.44% sahaja.
  5. So kalau simpan secara tetap kita akan kehilangan half dari keuntungan yang diumumkan oleh PNB
——————————————————————————————————————


case 3
Kesimpulan case 3:-
  1. Total saving pada akhir tahun = RM2250.00
  2. Selalunya orang kira Dividen macam ni = RM 2250 X 7.5% = RM168.75 (kiraan yang SALAH)
  3. Sebenarnya Dividen yang dapat adalah sebanyak = RM106.88
  4. So kadar keuntungan yang sebenarnya hanya lah 4.75% sahaja dan bukannya 7.5%.
  5. Ini kerana dividen adalah dikira atas baki terendah setiap bulan.
  6. Sebagai contoh bulan 8 walaupun pada awal bulan di masukkan RM300 and jumlah simpananadalah sebanyak RM2200 pada bulan 8 itu, tapi baki minimum adalah rm1900 dan bukannya RM2200.. Ada Faham??
————————————————————————————————————————–

case 4
Kesimpulan case 4:-
  1. Total saving pada akhir tahun = RM1800.00
  2. Terdapat pengeluaran dan simpanan dilakukan sepanjang 12 bulan.
  3. Selalunya orang kira dividen macam ni = RM1800 X 7.5% = RM135 (Kiraan yang SALAH)
  4. Sebenarnya Dividen yang dapat adalah sebanyak = RM 81.88
  5. So kadar keuntungan yang sebenarnya hanya lah 4.75% sahaja dan bukannya 7.5%
  6. Ini kerana dividen adalah dikira atas baki terendah setiap bulan. and setiap pengeluaran akan merendahkan lagi baki asb pada setiap bulan.. Ada Clear??

 

Semoga bermanfaat kepada anda yang membacanya..
Follow My Facebook : Hanayori Purple
Atau Instagram : Fifie Hirano