Pages

Tuesday, 10 July 2012

Practical Time

Hmmm.... Rasanya dah lama tak update blog ni.... So hari ini gatal pula jari-jemari ni nak menaip entry baru dalam pos ni... Seperti yang anda semua tahu, blog ini pada suatu ketika dulu merupakan satu blog yang menceritakan mengenai produk-produk kesihatan. Namun sekarang blog ini telah dijadikan sebagai blog coretan perjalan hidupku.

So hari ini, entry yang saya tuliskan adalah mengenai hari-hari praktikal ini. Hari ini dah masuk minggu kedua saya menjalani latihan praktikal di Nusantara Languagu Center ini, dan selama itu juga saya tidak berpeluang pun menghadap laptop untuk menaip entry baru.. huhuu.. inilah kisahnya seorang yang terikat dengan masa. Tidak pernah saya impikan untuk bekerja di bawah seliaan orang lain dan terikat dengan masa pulak tu.. Maksudnya lepas ni kena kena kerja keras sikit la... Sebab taknak terikat bekerja dengan siapa-siapa maksudnya kena buat kerja sendiri..


Rasa-rasanya kerja apa yang boleh buat sendiri dan boleh dapat income lebih tinggi dari gaji seorang pekerja ye?? Hmmmm... berfikir sejenak kerja apakah itu...

Alamak.. nak siapkan kerja ofis ni pulak... so lain kali je saya sambung balik entry ini ye... Terima kasih kepada yang sudi membacanya... :)

No comments:

Post a Comment